Salam sejahtera, sila layari http//:kraftanganpenjarasungaipetani.blogspot.com untuk melihat kraftangan yang dihasilkan oleh banduan-banduan yang dikomersialkan setanding dengan barangan kraf pasaran tempatan dengan harga yang murah.
Boleh juga datang sendiri ke Galeri Penjara Sungai Petani yang terletak di dalam kawasan Penjara Sungai Petani untuk melihat dengan lebih jelas kualiti barangan yang dihasilkan.
Tempahan juga diterima oleh pihak pengurusan termasuk tempahan lakaran sendiri.
Bagi mereka yang menduduki rumah baru, pemasangan grill besi, kabinet dapur serta kain curtain juga boleh di dapati di sini. Ukuran akan dibuat di rumah yan ingin diduduki.
Selain itu perkhidmatan dobi juga disediakan di mana harga untuk basuhan adalah amat murah sekali contohya untuk toto bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00 berbanding harga pasaran RM8.00 sehelai.
Datanglah beramai-ramai ke Galeri Penjara Sungai Petani kerana anda adalah keutamaan kami dalam memberi perkhidmatan dan barangan yang bermutu serta berkualiti dengan harga yang murah.
No comments:
Post a Comment