Selamat Datang Ke Laman Blog Kraftangan Penjara Sungai Petani

Adakah anda pelanggan keutamaan kami!!
Jangan lepaskan peluang untuk meneroka barangan yang terdapat di Galeri Penjara Sungai Petani dan tempahlah sekarang.....







Sunday, May 2, 2010

Kraftangan Penjara Sungai Petani

Sila layari dan lihat kraftangan Penjara Sungai Petani kerana kraftangan yang ditawarkan adalah daripada kreativiti dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh banduan bagi menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat selain barangan yang disiapkan mempunyai nilai komersial yang menggalakkan dan mampu menyaingi produk yang terdapat di pasaran manakala harga barangan yang ditawarkan pula adalah yang terendah berbanding yang terdapat dipasaran seiring dengan kualiti yang tonjolkan.



Bagi mengunjungi pusat jualan kami, anda boleh datang sendiri ke Galeri Penjara Sungai Petani yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Perusahaan yang berada di perkarangan Penjara Sungai Petani dan perlulah untuk memasuki melepasi kawalan keselamatan Balai Pengawal. Anda hanya perlu untuk memberitahu bahawa anda ingin melawati dan melihat-lihat barangan kraf yang dijual apabila tiba di Balai Pengawal Penjara Sungai Petani.



Ketukangan Kayu

Barangan Kraftangan yang dipamerkan terdiri daripada pelbagai jenis barangan seperti barangan yang diperbuat daripada ukiran kayu contohnya seperti kerusi, cermin muka, bingkai gambar, meja makan, ,meja jepun, papan rehal Al-Quran, kerusi malas dan sebagainya.



Ketukangan Besi

Barangan kraftangan yang terdiri daripada besi adalah seperti buaian segi lapan, ampaian lipat, rak orked, meja besi, wrouth iron, kerusi besi, bingkai cermin, rak kasut dan sebagainya.



Ketukangan Rotan

Barangan kraftangan yang terdiri daripada buatan rotan adalah seperti bakul pelbagai saiz dan corak, tudung saji, kerusi, meja, bakul bunga telur, dinding pemisah, rak majalah, tongkat dan sebagainya.



Jahitan dan Sulaman

Barangan jahitan yang boleh diperoleh di sini adalah terdiri daripada baju kurung wanita, baju melayu lelaki, baju kanak-kanak, jahitan kraf seperti bantal hiasan dan sebagainya.



Dobi

Menyediakan perkhidmatan membasuh pakaian termasuk permaidani dan gebar yang bersaiz besar serta menyerika baju-baju yang dibasuh.

Perkhidmatan dan barangan yang ingin dibeli boleh ditempah terlebih dahulu dan barangan rekaan sendiri juga turut diterima oleh pihak Penjara Sungai Petani bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan.
Bagi meningkatkan tahap kualiti barangan yang disediakan, para pelanggan juga boleh untuk memberi sebarang komen yang membangun bagi penelitian pihak Penjara Sungai Petani untuk masa-masa akan datang.